Please disable Adblock!

Total Pageviews

Monday 30 December 2013

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam


 

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

               
PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam
     
Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.

“Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.


Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.

  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.

  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.

  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.

  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.

  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.

  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

 

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang memperjudikan keselamatan negara seperti yang cuba dilakukan pihak tertentu, termasuk pembangkang.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMumum11langkahpenjimatansektorawam/Article/

Hal Tayar yg perlu anda tahu....


Ramai diantara pemandu tidak mengetahui mengenai label2 di tayar kereta. Di sini saya dedahkan sedikit mengenai label2 di tayar kereta anda supaya anda mengenali kesuaian tayar dengan kereta anda.

Wednesday 25 December 2013

Luah hati rakyat


 
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina
Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari
Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia
Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak
Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan
Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana
Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..

Sungai Kulin, Jalan Mersing

http://ads.cpxcenter.com/cpxcenter/s_landing.php?nid=4&pid=30858&sid=31747&cid=9796&cuid=brqmwlu&ad=11276&subid=&opt1=&opt2=
 
Pengalaman Memancing di Sungai Kulin, Kahang.
 
 
Kali pertama belajar memancing udang di sini sangat mencabar. Saya  tidak pernah mendayung sampan dan tidak tahu cara-cara memancing udang. Saya diajak dan diajar oleh seorang kawan .sepejabat Ternyata memancing udang sangat mencabar dan menyeronokkan. Paling menyeronokkan apabila hasil tangkapan sangat lumayan. Walaupun cuaca hujan lebat, sentapan udang tetap dirasai dan hasil pun agak membanggakan.  Selain udang galah, belida, tapah dan ikan selat turut berjaya dinaikan. Lundu, lais, baung juga ada di sungai ini.
 
 
 
 

Wednesday 18 December 2013

Wednesday 11 December 2013

Siram pokok lada auto

Kaedah mudah dan murah utk menyiram dan membaja pokok lada selama sebulan tanpa penggunaan pam elektrik. Hanya menggunakan barangan terbuang. Air hujan dan campuran baja universal dimasukan kedalam bekas air.

Siram pokok lada auto

Kaedah mudah dan murah utk menyiram dan membaja pokok lada selama sebulan tanpa penggunaan pam elektrik. Hanya menggunakan barangan terbuang. Air hujan dan campuran baja universal dimasukan kedalam bekas air.

Monday 28 October 2013

Program 5s kerajaan hanya membazir.

          5s yang digunakan adalah prinsip kerja dari jepun yang sangat baik jika diwujudkan dan diamalkan. Namun di Malaysia, prinsip ini telah bercampur aduk dgn perkara2 yang remeh temeh dan tidak releven. Jika difahami secara dekat, prinsip ini lebih kepada pengurusan dokumentasi pejabat. Perkara yang paling utama ialah sistem fail. Kebanyakan organisasi hanya mementingkan hiasan dalaman pejabat sahaja. Mereka hanya membazirkan perbelanjaan pejabat utk membeli perabut2 dan barang - barang hiasan utk mengejar markah / prestasi 5s mereka. Mereka juga banyak membazirkan masa untuk 'melayan' 5s.
             Ramai diantara pegawai2 dan kakitangan yang mementingkan/mengutamakan amalan ini lupa akan kerja hakiki dan sasaran kerja mereka. 'Milestone' 5s lebih diutamakan daripada 'milestone' kerja hakiki mereka. Ini adalah antara kesilapan besar dalam realisasikan amalan 5s dalam sesuatu organisasi.

Sunday 29 September 2013

Peniaga ayam tidak jujur


Hati-hati ketika membeli ayam dipasar. Jika tidak anda pasti tertipu dgn peniaga yg rakus ini. Pastikan anda melihat berat ayam yg dibeli di alat penimbang. Secara logiknya ayam daging beratnya 1kg- 2kg seekor.. sekiranya lebih dari anggaran ini... kemungkinan ada penipuan berlaku. Saya pernah membeli di pasar kip art so Tampoi, jb. Ibu saya membeli 10ekor ayam utk majlis kenduri. Ibu membeli dgn harga rm 235.00, peniaga tersebut memberi harga rm6.30 skilo lebih murah dr harga pasaran sbyk rm7.70.Murahkan?tetapi. Saya terfikir secara logik jika ayam 10 ekor berat purata 2kg. Jadi semuanya 20 kg. So harga dlm rm126.. maknanya kene tipu byk. Sya tidak berpuas hati terus menimbang semula di permis tersebut. Apabila ditimbang semula harga cuma rm205 pula.. dpt semula rm 30. Tapi bila dikira berat seekor ayam 3.25kg. Ini bermaksud alat timbang telah diubah suai... kepada penduduk Johor yg membeli ayam di kipmart Tampoi berhati2.

https://minergate.com/a/4571a790ae852a808b4f3014

Wednesday 25 September 2013

Root kingelon S7100 note 2


Sesiapa yg mempunyai hp jenis kingelon s7100 note 2 bole di'root'kan. Saya ada menjual cd software dan cara utk meng'root' hp anda. Utk tempahan cd bolehlah bank in sebyk RM 30 ke akaun maybank 151306647977 dan email resit anda ke mrperfectjb@gmail.com.
 

Thursday 5 September 2013

Isu Pinjaman PTPTN boleh diselesaikan....

Isu yang sangat hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia sehingga menjadi isu dalam politik negara. Kelemahan PTPTN pada awal penubuhannya memberi kesan yang sangat buruk terhadap pemerintahan negara masa kini.

Jika dikaji secara mendalam, masalah ini berlaku kerana ramai diantara peminjam adalah golongan tidak berkemampuan. PTPTN berbeza dgn pinjaman peribadi. Pinjaman PTPTN ini beranggap setelah habis pengajian, peminjam2 akan mendapat terus pekerjaan dan gaji yang lumayan. Ramai peminjam mengeluh kerana terpaksa membayar ansuran walaupun masih tidak mendapat pekerjaan. Ramai juga mengeluh kerana terpaksa menanggung kos pengurusan yg dikenakan terhadap mereka.
Sekiranya pihak PTPTN boleh berbincang tempoh bayaran dan mula pembayaran pertama tanpa dibebankan dgn kos pengurusan, insyaallah ramai dikalangan peminjam dapat melangsaikan hutang berkenaan. PTPTN harus sedar ' riba' menyebabkan hutang Susah utk dilangsaikan. Promosi2 yang telah diberi ketika ini masih bersyarat 'ketat'. Mungkin disebabkan mengejar 'target'.

Berikan peminjam2 ini ruang dan pilihan utk menyelesaikan hutang mereka. Pihak PTPTN perlu lebih mesra dan bertimbang rasa dengan peminjam bagi menanggani isu ini.
PTPTN perlu sedar ramai diantara mereka adalah terdiri daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan ramai diantara mereka gagal menamatkan pengajian.

Saya berharap pihak PTPTN menamatkan isu ini dengan segera dan bijak.

Thursday 29 August 2013

Mengapa Cermin Cromax salah digunakan di Malaysia?

Ramai yang tidak tahu mengapa cermin ini salah mengikut undang2 JPJ. Tiada sebab yg munasabah diterangkan oleh pihak JPJ ianya salah. Cermin original kenderaan jepun kebanyakannya menggunakan cermin jenis ini kerana boleh menggurangkan kesan UV terhadap pengguna. Jadi kenapa kita tidak menerima pakai kemajuan Negara Jepun ini?

Tuesday 27 August 2013

Pejawatan Awam Menantu Durhaka

Penjawat Awam yg bergelar menantu pasti dilabel menantu hantu jika tidak melawat dan mengurus mertua yang meninggal dunia gara-gara pekeliling perkhidmatan bil.10 thn 2002. Cuba bayangkan keadaan seseorang penjawat awam yg kehabisan kerana berulang alik Ke hospital atas urusan perubatan mertua. Kemudian terpaksa menguruskan hal2 keluarga ketika mertua nazak..
Berapa harikah diperlukan ketika mertua telah meninggal? Bolehkah dibiarkan urusan arwah dilakukan oleh org luar sedangkan si arwah mempunyai menantu dan anak? Cuba bayangkan jika semua anak arwah perempuan,bukankah menantu lelaki terpaksa menguruskannya? Lagi Malang jika anak2 duduk jauh dari kampung..
Pendekkan cerita... pekeliling tersebut perlu diperluaskan kepada saudara mara dan menantu...
Pekeliling seperti ini membuatkan seseorg penjawat awam bersifat negatif dlm masyarakat...
 

Friday 19 April 2013

kualiti dan servis mitsubishi mr slim aircond paling teruk...


Nasihat saya sebagai pengguna. Pilihlah jenama yang banyak digunakan sekarang seperti Daikin dan York. Pengalaman yang paling teruk apabila membeli Aircond jenama Mitsubihi MR SLIM. Cuba anda cari 'search' spare part mitsubishi.... tiada satu pun boleh anda lihat di dalam mana2 web menjual atau menbekal alat gantinya... Saya telah cuba mencari alat ganti dikedai2 aircond dan servis aircond, tetapi gagal mencari alat ganti... Setelah berputus asa saya terus menghubungi Tukang Servis Aircond. Meraka juga mengatakan tiada alat ganti dan saya perlu membeli aircond yg baru.... sedih.... satu part yg kecil rosak saya terpaksa membeli aircond yg baru....
Selepas ini tiada lagi jenama Mitsubishi dalam senarai saya.....promote la gila babun pun aku x nak beli...