Please disable Adblock!

Total Pageviews

Thursday 5 September 2013

Isu Pinjaman PTPTN boleh diselesaikan....

Isu yang sangat hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia sehingga menjadi isu dalam politik negara. Kelemahan PTPTN pada awal penubuhannya memberi kesan yang sangat buruk terhadap pemerintahan negara masa kini.

Jika dikaji secara mendalam, masalah ini berlaku kerana ramai diantara peminjam adalah golongan tidak berkemampuan. PTPTN berbeza dgn pinjaman peribadi. Pinjaman PTPTN ini beranggap setelah habis pengajian, peminjam2 akan mendapat terus pekerjaan dan gaji yang lumayan. Ramai peminjam mengeluh kerana terpaksa membayar ansuran walaupun masih tidak mendapat pekerjaan. Ramai juga mengeluh kerana terpaksa menanggung kos pengurusan yg dikenakan terhadap mereka.
Sekiranya pihak PTPTN boleh berbincang tempoh bayaran dan mula pembayaran pertama tanpa dibebankan dgn kos pengurusan, insyaallah ramai dikalangan peminjam dapat melangsaikan hutang berkenaan. PTPTN harus sedar ' riba' menyebabkan hutang Susah utk dilangsaikan. Promosi2 yang telah diberi ketika ini masih bersyarat 'ketat'. Mungkin disebabkan mengejar 'target'.

Berikan peminjam2 ini ruang dan pilihan utk menyelesaikan hutang mereka. Pihak PTPTN perlu lebih mesra dan bertimbang rasa dengan peminjam bagi menanggani isu ini.
PTPTN perlu sedar ramai diantara mereka adalah terdiri daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan ramai diantara mereka gagal menamatkan pengajian.

Saya berharap pihak PTPTN menamatkan isu ini dengan segera dan bijak.

No comments:

Post a Comment