Apa yang perlu disentuh adalah berkenaan kelengkapan teknologi perubatan yang outdated, kaedah rawatan yg berisiko tinggi dan outdated, jururawat yg kurang mesra alam, kemahiran staff mengendalikan pesakit, kepakaran doktor, sistem pentadbiran, SOP yg mengarut, serta persekitaran yang tidak sihat utk pesakit terutama pesakit kronik.
Apa yang bagus tentang hospital kerajaan? Harga lebih murah?
Sejak kebelakang ini, saya sering berulang alik melawat ahli keluarga di hospital kerana mengidap jangkitan kuman dipeparu pada awalnya dan kini penyakit lain pula menimpa. Saya melihat satu keadaan yang sangat merugikan kerajaan dari segi kualiti masa,keberkesanan dan kos. Mengapa?
Saya mencadangkan hospital2 kerajaan menggunakan tenaga solar/ turbin bagi menampung kos elektrik serta menjana wang dgn TNB. Mengalakkan pihak syarikat swasta, hospital swasta, ngo menyumbang Aircond kepada hospital kerajaan dan diberi pelepasan cukai.