Please disable Adblock!

Total Pageviews

Tuesday, 28 November 2017

Hospital kerajaan masih mundur

Hakikat sebenar taraf hospital kerajaan di Malaysia harus dipandang serius oleh pihak kerajaan. Berbillion ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan, namun hospital kerajaan masih ditakuk lama.
Apa yang perlu disentuh adalah berkenaan kelengkapan teknologi perubatan yang outdated, kaedah rawatan yg berisiko tinggi dan outdated, jururawat yg kurang mesra alam, kemahiran staff mengendalikan pesakit, kepakaran doktor, sistem pentadbiran, SOP yg mengarut, serta persekitaran yang tidak sihat utk pesakit terutama pesakit kronik.
Apa yang bagus tentang hospital kerajaan? Harga lebih murah?
Sejak kebelakang ini, saya sering berulang alik melawat ahli keluarga di hospital kerana mengidap jangkitan kuman dipeparu pada awalnya dan kini penyakit lain pula menimpa. Saya melihat satu keadaan yang sangat merugikan kerajaan dari segi kualiti masa,keberkesanan dan kos. Mengapa?
1. Persekitaran yg tidak sihat untuk pesakit untuk sembuh dan lebih 80% penyakit berjangkit berpunca daripada persekitaran wad hospital terutama sekali wad yang seperti dorm sekolah. Sedikit renovasi, inovasi perlu dilakukan utk pengasingan pesakit kronik, pesakit berjangkit, dan mengikut kesuaian keadaan bagi mengurangkan jangkitan. Sistem pengudaraan yang efisen perlu diambil berat oleh kerajaan.
Saya mencadangkan hospital2 kerajaan menggunakan tenaga solar/ turbin bagi menampung kos elektrik serta menjana wang dgn TNB. Mengalakkan pihak syarikat swasta, hospital swasta, ngo menyumbang Aircond kepada hospital kerajaan dan diberi pelepasan cukai.
2.Tiada tukang/juruteknik membaikpulih aset, peralatan,fasiliti hospital. Ini menyebabkan kelancaran proses perubatan terbantut, kualiti perkhidmatan merosot.Pihak hospital terpaksa membuka tender2 kerja yang mengambil masa dan belanja yang besar. contoh tandas, paip air, punca elektrik, mesin2 bantuan dan lain2.
3. Jenis rawatan/perkhidmatan yg tidak ada dihospital kerajaan dan sepatutnya perlu diadakan. Contohnya tapak dialisis. Masalah kepada pesakit yang miskin dan berpendapatan rendah apabila terpaksa ke hospital swasta bagi membuat tapak tersebut. Saya cadangkan satu unit khas dialisis terdiri dari pembantu perubatan/jururawat selain doktor yg dilatih khusus untuk perkhidmatan ini. Tidaklah terlalu bergantung pada doktor yg $$$ dan sibuk. Dan perlu juga untuk rawatan lain. Perlu ada pengkhususan bidang rawatan utk menampung doktor yg berkurangan.
4. Pendidikan layanan dan jagaan pesakit yang lebih berkualiti perlu diberikan kepada staff hospital. Maaf saya katakan staff hospital kerajaan tidak mempunyai identiti seorg perawat yg ramah dan bertanggungjawab. Saya tidak mengatakan semua staff, tetapi kebanyakan mereka sgt kasar mengendalikan pesakit, tidak ikhlas membantu pesakit utk sembuh.
5.Saya pernah melawat pesakit di ICU hospital kerajaan. Saya tertarik dgn layanan dan rawatan yang diberikan di ICU Hospital Kerajaan. Satu standard yg patut diguna pakai untuk wad kelas 1,2,3 dihospital. Ini baru dikatakan hospital yg berkualiti. Lebih teratur, selamat dan meyakinkan. Saya sarankan kerajaan meng'upgrade' wad2 seperti ICU. Wujudkan satu industri pembuatan peralatan/perkakas perubatan spt katil hospital automatik diGLCkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Negara kita mempunyai ramai pakar2, pereka cipta yg mahir yg tidak 'terpakai' dibazirkan ilmu dan kemahiran tanpa diberi laluan utk membantu kerajaan dan diri mereka.Satu unit inovasi perubatan perlu diwujudkan dan diketengahkan.
akan disambung bila ada masa dan idea....

Sunday, 17 September 2017

Jawatan Setinggi Langit, Hati Berbau hangit.

Setinggi Langit pangkatmu,
Namamu dijulang si ampu,
Bermegah disetiap jalanmu,
Menghimpit ruang disetiap sisimu,

Semakin tinggi dijulang,
Hatimu penuh berpalang,
Busuk hati tidak hilang,
Hidupmu berpincang,

Demi mengejar satu gelaran,
Kuasa amanah kau ramas,
Setiap rasa kemarahan,
Kau rendam sehingga lemas,
Hatimu tiada rasa,
Otakmu telah binasa,
Kau rasa sangat perkasa,
Tunggula masa utk kau binasa,

Kau rasa diri kau raja,
Kaula firaun bertahta,
Pemberian ikhlas tiada,
Aniaya manusia itu kerjaya,

Kau masih muda,
Tunggu masa tua,
Bila tiba masa,
Kau bukan sesiapa,

Hari ini kau tidak berbicara,
Esok lusa masih ada,
Kau aniaya setiap masa,
Orang ingat tidakkan lupa,

Kau bukan tuhan,
Kau bukan malaikat,
Sampai bila kau bertahan,
Rezeki org disekat-sekat,

Satu sumpah telahku angkat,
Jenazahmu tiada tempat,
Biar dibalas diakhirat,
Tiada maaf dunia dan akhirat,

Thursday, 31 August 2017

Stesen NGV hampir lumpuh di Malaysia.

Malaysia dikejutkan dengan peristiwa kebakaran stesen NGV di Taman Daya, Johor pada tahun 2016 dan mengakibatkan kematian. Peristiwa ini, memberi kesan yang sangat buruk terhadap perkembangan sumber kuasa hijau di Malaysia.
Keluahan demi keluhan pengguna NGV di Malaysia seperti tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan dan Petronas. Pelbagai cara aduan diajukan kepada pihak bertanggungjawab masih lagi tidak terjawab.
Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk projek NGV ini, tetapi mengapa NGV masih tidak berkembang. Banyak stesen-stesen NGV diMalaysia masih tidur dan ada yang telah tidak beroperasi lagi. Ini menunjukkan bahawa NGV semakin lumpuh. Pihak petronas pada tahun 2016 telah memaklumkan operasi stesen-stesen NGV akan beroperasi sepenuhnya. Tetapi malangnya hampir lebih 50% stesen terhenti perkhidmatannya. Mengapa?
Hanya satu kejadian letupan pada tahun 2016, mengapa stesen-stesen NGV tidak beroperasi seperti biasa? Harga NGV telah dinaikkan hampir 50%. Adakah NGV tidak menguntungkan atau ada pihak yang mengaut keuntungan berlebihan untuk menjayakan sumber tenaga hijau ini?
Pengguna NGV telah mengeluarkan modal yang banyak bagi memasang dan menyokong penggunaan NGV semasa kerajaan memperkenalkannya.Oleh itu, Pengguna NGV Malaysia terutamanya pemandu teksi, sangat berharap kerajaan dan petronas memulihkan semula stesen2 NGV di Malaysia untuk kegunaan rakyat.

Friday, 27 November 2015

Bank menindas golongan rakyat miskin.

Bukan nak menuduh bank menindas rakyat. Apa yg dikesalkan bunga pinjaman perumahan, peribadi dan lain2 sangat tinggi kepada rakyat yg berpendapatan rendah.. semakin kecil pinjaman semakin tinggi bunganya. Baru2 ni saya survey pinjaman rumah utk rumah kos rendah yg dibina oleh kerajaan negeri serendah rm80k. Saya melihat rata2 bank tidak menyediakan pinjaman perumahan dibawah 100k dan ada yang menyediakan pinjaman perumahan 80k tetapi bunga yang dikenakan sgt tinggi. Saya tertanya2 adakah ini permainan kerajaan atau bank negara atau bank itu sendiri........ Orang kaya lebih untung berbanding org yg tidak kaya...... kadar bunga rendah utk sikaya dan bunga yg tinggi utk simiskin. Kerajaan perlu sedar perancangan yg baik oleh kerajaan utk rakyat xkaya ini selalu dihalang oleh polisi2 bank/kerajaan sendiri.. Apa guna diberi sawah, kalau benih padi tiada... seolah2 tiada keikhlasan dan ketelusan....

Wednesday, 26 August 2015

Iklan Rumah Harga Mampu Milik, Realiti Hidup Zaman Sekarang

Terkejut melihat iklan jualan rumah sekarang, sama ada baru, lama atau lelong. Bila melihat,menilai iklan2 jualan rumah seperti tidak dapat diterima akal yang waras.. pendek kata gila babi sangat. Inikah hakikat menjadi negara yang maju? Lebih baik dahulu berbanding sekarang. Rakyat terus tertekan, bukan sahaja tekanan dengan keadaan ekonomi merosot, malah berasa tertekan dengan tekanan politik dan tekanan hidup sedia ada. Sifat tamak pemaju2, agen2, kontrator2, pengarah2, pentadbir2 daerah, pelulus2, bank2 adalah antara punca keadaan ini berlaku ramai rakyat tidak mampu membeli rumah. Cuba anda cari rumah teres lama/lelong dengan harga yang anda mampu menggunakan aplikasi Mudah.my. Sedih melihat keadaan rumah kos murah 2bilik, 1bilik air yang buruk/usang  dijual dengan harga RM 200k.

Saturday, 22 August 2015

Harga NGV naik pada September 2015

Kenaikan harga ngv yang melampau atas alasan yang tidak munasabah. Kerana teksi ingin menaikkan tambang, pengguna biasa pula terjejas. Kos pemasangan ngv bukan percuma atau murah, tambahan pula kos sara hidup yang meningkat secara mendadak membebankan masyarakat. Rakyat didahulukan susah, tok menteri disenang lenangkan. Kenaikan harga ngv bukan 10¢ atau 20¢. Kenaikan hampir 50% harga asal. Kerajaan sendiri mencari kebencian rakyat. Disebabkan menteri yang tidak memikir panjang dan hanya mementingkan $$$$$$$. Kerajaan terus dipandang hina.