Please disable Adblock!

Total Pageviews

Thursday 31 August 2017

Stesen NGV hampir lumpuh di Malaysia.

Malaysia dikejutkan dengan peristiwa kebakaran stesen NGV di Taman Daya, Johor pada tahun 2016 dan mengakibatkan kematian. Peristiwa ini, memberi kesan yang sangat buruk terhadap perkembangan sumber kuasa hijau di Malaysia.
Keluahan demi keluhan pengguna NGV di Malaysia seperti tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan dan Petronas. Pelbagai cara aduan diajukan kepada pihak bertanggungjawab masih lagi tidak terjawab.
Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk projek NGV ini, tetapi mengapa NGV masih tidak berkembang. Banyak stesen-stesen NGV diMalaysia masih tidur dan ada yang telah tidak beroperasi lagi. Ini menunjukkan bahawa NGV semakin lumpuh. Pihak petronas pada tahun 2016 telah memaklumkan operasi stesen-stesen NGV akan beroperasi sepenuhnya. Tetapi malangnya hampir lebih 50% stesen terhenti perkhidmatannya. Mengapa?
Hanya satu kejadian letupan pada tahun 2016, mengapa stesen-stesen NGV tidak beroperasi seperti biasa? Harga NGV telah dinaikkan hampir 50%. Adakah NGV tidak menguntungkan atau ada pihak yang mengaut keuntungan berlebihan untuk menjayakan sumber tenaga hijau ini?
Pengguna NGV telah mengeluarkan modal yang banyak bagi memasang dan menyokong penggunaan NGV semasa kerajaan memperkenalkannya.Oleh itu, Pengguna NGV Malaysia terutamanya pemandu teksi, sangat berharap kerajaan dan petronas memulihkan semula stesen2 NGV di Malaysia untuk kegunaan rakyat.

No comments:

Post a Comment