Please disable Adblock!

Total Pageviews

Wednesday 19 August 2015

Takrif Air Johor Naik

Takrif air di Johor naik 10%-13% pada bulan Ogos 2015. 0-20m³ dari 60¢ naik 80¢… dan Rm 1.65 kepada RM 2.00. Dahulu sebelum tahun 2013 bil air dibawah Rm10.00. Kemudian bil meningkat dlm lingkungan RM 20.00 selepas tahun 2013. Jangan terkejut dengan kenaikan 13% takrif ini bil air anda mungkin dalam lingkungan RM 30 ke atas. Kenaikan ini sangat membebankan rakyat. Tambahan pula kejatuhan ringgit dan kenaikan harga barang dan utiliti. Apa yang dikesalkan, janji-janji kosong utk mengurangkan beban rakyat oleh pemimpin-pemimpin. Akan datang kita akan dibebankan pula dengan projek-projek oleh pemimpin-pemimpin otak $$$ yang menyusahkan rakyat. Pastinya masalah akan bertambah dan bukan berkurangan. Ini baru cerita air, belum elektrik. Bil elektrik sekarang untuk satu rumah berkeluarga tidak kurang dari RM100. Menteri2 orang2 kaya tidak merasa kesusahan seperti rakyat biasa. Nilai RM 50 pada mereka hanya seperti 5¢. Tapi pada rakyat biasa nilai itu sangat besar. Tahun 2020 semakin hampir. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Kelihatan semakin ramai pemimpin-pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah rakyatnya.

No comments:

Post a Comment