Total Pageviews
Friday, 27 November 2015
Bank menindas golongan rakyat miskin.
Monday, 31 August 2015
Wednesday, 26 August 2015
Iklan Rumah Harga Mampu Milik, Realiti Hidup Zaman Sekarang
Terkejut melihat iklan jualan rumah sekarang, sama ada baru, lama atau lelong. Bila melihat,menilai iklan2 jualan rumah seperti tidak dapat diterima akal yang waras.. pendek kata gila babi sangat. Inikah hakikat menjadi negara yang maju? Lebih baik dahulu berbanding sekarang. Rakyat terus tertekan, bukan sahaja tekanan dengan keadaan ekonomi merosot, malah berasa tertekan dengan tekanan politik dan tekanan hidup sedia ada. Sifat tamak pemaju2, agen2, kontrator2, pengarah2, pentadbir2 daerah, pelulus2, bank2 adalah antara punca keadaan ini berlaku ramai rakyat tidak mampu membeli rumah. Cuba anda cari rumah teres lama/lelong dengan harga yang anda mampu menggunakan aplikasi Mudah.my. Sedih melihat keadaan rumah kos murah 2bilik, 1bilik air yang buruk/usang dijual dengan harga RM 200k.
Saturday, 22 August 2015
Harga NGV naik pada September 2015
Thursday, 20 August 2015
Sungai Lingiu
Pemandangan Sg Lingiu sungguh indah. Airnyer bersih pasti hidupan airnya banyak. Tapi kelihatan tiada siapa yang memancing dikawasan ini. Jika ada yang pernah ke sini bolehlah berkongsi pengalaman. Tidak kiralah memancing, cerita seram, tragedi, dll.
Parasit dalam mulut ikan
Berhati-hati ketika makan ikan di kedai atau di rumah. Anda mungkin tidak perasan ada serangga seperti ini di dalam mulut ikan. Bagi mengelakannya pastikan ikan disiang dengan betul iaitu dari perut sampai ke mulut ikan. Ada sahabat saya terjumpa parasit ini selepas makan ikan caru goreng. erhhhhh loya bila terlihat seperti lipas besar di dalam mulut ikan. Entah macam mane rasa termakan parasit goreng ini. Kalu rabun pasti disangkakan telur ikan.....
Kata Najib Destinasi Jelas...
NajibRazak.com
"Malaysia sedang berada dalam satu perjalanan. Destinasi kita jelas: sebuah negara dengan status ekonomi maju dan berpendapatan tinggi. Namun setiap perjalanan pasti akan ada cabaran. Kita mungkin perlu menyesuaikan perjalanan kita demi mengelak sebarang halangan. Walau apa pun, destinasi kita kekal sama."
Destinasi yang jelas dan kekal sama tu kubur....
Berpendapatan tinggi?
Org indonesia ramai jadi jutawan....
Wednesday, 19 August 2015
Takrif Air Johor Naik
Takrif air di Johor naik 10%-13% pada bulan Ogos 2015. 0-20m³ dari 60¢ naik 80¢… dan Rm 1.65 kepada RM 2.00. Dahulu sebelum tahun 2013 bil air dibawah Rm10.00. Kemudian bil meningkat dlm lingkungan RM 20.00 selepas tahun 2013. Jangan terkejut dengan kenaikan 13% takrif ini bil air anda mungkin dalam lingkungan RM 30 ke atas. Kenaikan ini sangat membebankan rakyat. Tambahan pula kejatuhan ringgit dan kenaikan harga barang dan utiliti. Apa yang dikesalkan, janji-janji kosong utk mengurangkan beban rakyat oleh pemimpin-pemimpin. Akan datang kita akan dibebankan pula dengan projek-projek oleh pemimpin-pemimpin otak $$$ yang menyusahkan rakyat. Pastinya masalah akan bertambah dan bukan berkurangan. Ini baru cerita air, belum elektrik. Bil elektrik sekarang untuk satu rumah berkeluarga tidak kurang dari RM100. Menteri2 orang2 kaya tidak merasa kesusahan seperti rakyat biasa. Nilai RM 50 pada mereka hanya seperti 5¢. Tapi pada rakyat biasa nilai itu sangat besar. Tahun 2020 semakin hampir. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Kelihatan semakin ramai pemimpin-pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah rakyatnya.