Please disable Adblock!

Total Pageviews

Sunday 22 June 2014

Cerita remaja OKU dikurung..

Ibu remaja OKU ditahan polis malam tadi, direman mulai hari ini


SEREMBAN: Ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditinggalkan seorang diri dalam keadaan menyedihkan di Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, awal pagi semalam, ditahan oleh polis, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata wanita terbabit akan direman empat hari hingga Rabu ini.    

  
"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak bagi kita mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Dakam operasi Jabatan Imigresen negeri untuk memburu PATI kira-kira jam dua pagi semalam, pasukan terbabit menemui remaja itu dalam sebuah rumah yang sangat kotor.

Remaja itu kini ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak- Kanak 2001.




Remaja OKU kini semakin pulih


SEREMBAN: Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai, pagi semalam, kini semakin pulih.

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan.      


Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, yang melawat remaja itu, hari ini, berkata keadaan remaja itu lebih terurus.

Katanya, rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang.

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan.

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

No comments:

Post a Comment