Please disable Adblock!

Total Pageviews

Sunday 16 March 2014

BR1M...semakan

Jika anda hantar email utk pertanyaan tentang BR1M melalui email.. tidak sampai 5 saat. Jawapan anda sudah dijawab

Tuan/Puan,

Kami berbesar hati di atas maklum balas yang diberikan oleh tuan/puan berkenaan dengan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dan pihak kami sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan/rakyat seterusnya memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia. Berikut adalah maklumbalas /jawapan berkaitan BR1M 2014 :

1.  Pengagihan BR1M 2014

    - Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat.
    - Penerima yang mengemukakan maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima, bayaran bermula pada
      22 Februari 2014 di seluruh negara.
    - Penerima yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, bayaran akan dilaksanakan melalui pemberian baucer secara berperingkat mulai
      23 Februari 2014.
    - Penerima akan menerima kit-BR1M yang mengandungi surat kelulusan dan baucar BR1M
    - penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional  di seluruh negara

2.  Pemohon yang ingin mengetahui status

Bagi yang belum menerima surat pemakluman status permohonan, diminta bersabar memandangkan permohonan tuan/puan masih dalam proses.
Satu surat pemakluman mengenai status permohonan akan dihantar kepada tuan/puan dalam tempoh terdekat.

3.  Pertanyaan

Hubungi talian 1-800-88-2716, hari bekerja jam 9 pagi hingga 5 petang. (Isnin hingga Jumaat)



Segala maklum balas dan cadangan penambahbaikan, pihak kami akan mengambil maklum dan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment