Please disable Adblock!

Total Pageviews

Monday 28 May 2012

Elaun tanggung Kerja GOV

download: Pekeliling Perkhidmatan 13/2007


Pihak JPA dan JAMN patut kaji semula Pekeliling tersebut. Ramai dikalangan PT tidak berpuas hati dengan pekeliling tersebut kerana bayaran yang diberikan tidak setimpal dan membebankan PT. PT banyak mengorbankan masa dan keringat, namum bayaran kurang dari sepatutnya. PT yang tidak dibebankan tanggung kerja lebih untung berbanding mereka yang terpaksa menanggung kerja.... Dua orang punya kerja kene buat.... Indon yang tambah kerja pun tambah RM 700.. Beban kerja dan cabaran kerja semakin bertambah. 

Satu lagi yang menjadi tanda tanya ialah kiraan Elaun Lebih Masa Tanggung Kerja. Kiraan hanya dikira selepas 2 jam 15 .minit dan perlu ditolak 2jam 15minit pada setiap hari OT. Sedangkan jika tidak menanggung kerja kita boleh menuntut selepas 1 jam OT dan tidak perlu tolak 1jam. Lihatlah betapa rugi seseorang yang menanggung kerja..dah lah beban kerja banyak, OT pun kene tolak. Jika kita ikut Undang2 buruh... agak2 salah atau tidak?

Kalau mengikut fahaman akal, Pekeliling Perkhidmatan 13/2011, membolehkan kita menuntut sekiranya kita bekerja lebih 2jam 15minit bekerja selepas waktu bekerja pejabat, tiada pulak menyatakan ditolak 2jam dan 15 minit. Lampiran C sungguh mengelirukan.

"Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat." petikan dari P.P 13/2007..tidak pula menyatakan perlunya tolak 2jam 15min. Contoh pengiraan yg dilampirkan dan dipratikkan oleh AG adalah salah.

Saya sungguh berharap pihak kerajaan terutama sekali JPA peka terhadap masalah ini. Bukan tidak bersyukur, cuma biarla setiap keringat yang keluar ada bekalan utk dibawa pulang utk keluarga. kalu tidak segantang ada secupak jadilah.

https://minergate.com/a/4571a790ae852a808b4f3014

No comments:

Post a Comment