Please disable Adblock!

Total Pageviews

Wednesday 29 November 2017

Rahsia android dan pc menjana $$$

Assalamualaikum,
Di sini saya ingin mendedahkan sedikit rahsia untuk rakyat Malaysia mengenai cara mudah menjana wang tanpa modal. Apa yang anda perlukan ialah smartphone android atau sebiji komputer win7. Jika anda mempunyai komputer atau hp android yg berkelajuan tinggi, anda dapat menjana $$$ lebih dan cepat.
Saya kenalkan web menjana duit melalui mining cryptocoin yang sangat mudah.
Bagaimana ?
Apa yang perlu anda buat sebelum mendaftar di web mining ini?

1. Wallet

 Luno Wallet
- anda perlu men'download' dan mendaftar bitcoin wallet di google play store.
Sign up for Luno and get MYR 5.00 worth of Bitcoin when you buy or sell MYR 250.00 (exchange excluded), using https://www.luno.com/invite/JT65Z
Mendaftar adalah percuma dan xperlu sebarang pembayaran. Lengkapkan segala yg diperlukan sehingga akaun anda disahkan.
 Dogecoin wallet
 LTC wallet
 Dash Wallet
.XDN wallet
Bitcoin Cash Wallet
Xapo Wallet
Freewallet Mutli -wallet ini ada pelbagai wallet utk cryptocoin..(android)

Wallet ini penting utk proses pindahan $$$. Tiada wallet, tiada urusniaga. Seperti ada wang, tiada no acc untuk ditransfer.

2. Daftar diWeb mining.
minergate.com









Tuesday 28 November 2017

Hospital kerajaan masih mundur

Hakikat sebenar taraf hospital kerajaan di Malaysia harus dipandang serius oleh pihak kerajaan. Berbillion ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan, namun hospital kerajaan masih ditakuk lama.
Apa yang perlu disentuh adalah berkenaan kelengkapan teknologi perubatan yang outdated, kaedah rawatan yg berisiko tinggi dan outdated, jururawat yg kurang mesra alam, kemahiran staff mengendalikan pesakit, kepakaran doktor, sistem pentadbiran, SOP yg mengarut, serta persekitaran yang tidak sihat utk pesakit terutama pesakit kronik.
Apa yang bagus tentang hospital kerajaan? Harga lebih murah?
Sejak kebelakang ini, saya sering berulang alik melawat ahli keluarga di hospital kerana mengidap jangkitan kuman dipeparu pada awalnya dan kini penyakit lain pula menimpa. Saya melihat satu keadaan yang sangat merugikan kerajaan dari segi kualiti masa,keberkesanan dan kos. Mengapa?
1. Persekitaran yg tidak sihat untuk pesakit untuk sembuh dan lebih 80% penyakit berjangkit berpunca daripada persekitaran wad hospital terutama sekali wad yang seperti dorm sekolah. Sedikit renovasi, inovasi perlu dilakukan utk pengasingan pesakit kronik, pesakit berjangkit, dan mengikut kesuaian keadaan bagi mengurangkan jangkitan. Sistem pengudaraan yang efisen perlu diambil berat oleh kerajaan.
Saya mencadangkan hospital2 kerajaan menggunakan tenaga solar/ turbin bagi menampung kos elektrik serta menjana wang dgn TNB. Mengalakkan pihak syarikat swasta, hospital swasta, ngo menyumbang Aircond kepada hospital kerajaan dan diberi pelepasan cukai.
2.Tiada tukang/juruteknik membaikpulih aset, peralatan,fasiliti hospital. Ini menyebabkan kelancaran proses perubatan terbantut, kualiti perkhidmatan merosot.Pihak hospital terpaksa membuka tender2 kerja yang mengambil masa dan belanja yang besar. contoh tandas, paip air, punca elektrik, mesin2 bantuan dan lain2.
3. Jenis rawatan/perkhidmatan yg tidak ada dihospital kerajaan dan sepatutnya perlu diadakan. Contohnya tapak dialisis. Masalah kepada pesakit yang miskin dan berpendapatan rendah apabila terpaksa ke hospital swasta bagi membuat tapak tersebut. Saya cadangkan satu unit khas dialisis terdiri dari pembantu perubatan/jururawat selain doktor yg dilatih khusus untuk perkhidmatan ini. Tidaklah terlalu bergantung pada doktor yg $$$ dan sibuk. Dan perlu juga untuk rawatan lain. Perlu ada pengkhususan bidang rawatan utk menampung doktor yg berkurangan.
4. Pendidikan layanan dan jagaan pesakit yang lebih berkualiti perlu diberikan kepada staff hospital. Maaf saya katakan staff hospital kerajaan tidak mempunyai identiti seorg perawat yg ramah dan bertanggungjawab. Saya tidak mengatakan semua staff, tetapi kebanyakan mereka sgt kasar mengendalikan pesakit, tidak ikhlas membantu pesakit utk sembuh.
5.Saya pernah melawat pesakit di ICU hospital kerajaan. Saya tertarik dgn layanan dan rawatan yang diberikan di ICU Hospital Kerajaan. Satu standard yg patut diguna pakai untuk wad kelas 1,2,3 dihospital. Ini baru dikatakan hospital yg berkualiti. Lebih teratur, selamat dan meyakinkan. Saya sarankan kerajaan meng'upgrade' wad2 seperti ICU. Wujudkan satu industri pembuatan peralatan/perkakas perubatan spt katil hospital automatik diGLCkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Negara kita mempunyai ramai pakar2, pereka cipta yg mahir yg tidak 'terpakai' dibazirkan ilmu dan kemahiran tanpa diberi laluan utk membantu kerajaan dan diri mereka.Satu unit inovasi perubatan perlu diwujudkan dan diketengahkan.
akan disambung bila ada masa dan idea....