Please disable Adblock!

Total Pageviews

Friday 25 April 2014

Seludup minyak ke singapura?

Kerajaan Malaysia harus meneliti tentang pembelian Minyak Dan diesel oleh masyarakat negara Jiran singapura Dan Thailand. Saya telah meneliti ramai diantara mereka menggunakan Minyak Negara kita tanpa dikawal. Di stesen Minyak susur 4 Johor bahru, pemiliknya sanggup menyediakan alat utk pengguna Dari singapura mengisi Minyak penuh secara luar biasa. Kadang2 pula dibenarkan mengisi Minyak Ron 95. Mengapa meraka berbuat demikian? Padahal banyak stesen Minyak di sekitar jb ini. Ini menimbulkan syak bahawa ada sendeket menjual Minyak kita di negara Jiran. Penguatkuasaan had Minyak oleh kastam dipintu- pintu keluar negara perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan bg mengelak subsidi kerajaan dibazirkan. Jika tidak kerajaan kerugian jutaan ringgit dan kesannya rakyat Malaysia menanggung kenaikan Minyak Dan harga barangan di Malaysia.