Please disable Adblock!

Total Pageviews

Monday 30 December 2013

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam


 

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

               
PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam
     
Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.

“Keputusan dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.


Langkah berkenaan ialah:
  • Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.

  • Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

  • Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
  • Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

  • Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.

  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.

  • Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.

  • Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

  • Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.

  • Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.

  • Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

 

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang memperjudikan keselamatan negara seperti yang cuba dilakukan pihak tertentu, termasuk pembangkang.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMumum11langkahpenjimatansektorawam/Article/

Hal Tayar yg perlu anda tahu....


Ramai diantara pemandu tidak mengetahui mengenai label2 di tayar kereta. Di sini saya dedahkan sedikit mengenai label2 di tayar kereta anda supaya anda mengenali kesuaian tayar dengan kereta anda.

Wednesday 25 December 2013

Luah hati rakyat


 
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina
Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari
Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia
Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak
Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan
Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana
Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..

Sungai Kulin, Jalan Mersing

http://ads.cpxcenter.com/cpxcenter/s_landing.php?nid=4&pid=30858&sid=31747&cid=9796&cuid=brqmwlu&ad=11276&subid=&opt1=&opt2=
 
Pengalaman Memancing di Sungai Kulin, Kahang.
 
 
Kali pertama belajar memancing udang di sini sangat mencabar. Saya  tidak pernah mendayung sampan dan tidak tahu cara-cara memancing udang. Saya diajak dan diajar oleh seorang kawan .sepejabat Ternyata memancing udang sangat mencabar dan menyeronokkan. Paling menyeronokkan apabila hasil tangkapan sangat lumayan. Walaupun cuaca hujan lebat, sentapan udang tetap dirasai dan hasil pun agak membanggakan.  Selain udang galah, belida, tapah dan ikan selat turut berjaya dinaikan. Lundu, lais, baung juga ada di sungai ini.
 
 
 
 

Wednesday 18 December 2013

Wednesday 11 December 2013

Siram pokok lada auto

Kaedah mudah dan murah utk menyiram dan membaja pokok lada selama sebulan tanpa penggunaan pam elektrik. Hanya menggunakan barangan terbuang. Air hujan dan campuran baja universal dimasukan kedalam bekas air.

Siram pokok lada auto

Kaedah mudah dan murah utk menyiram dan membaja pokok lada selama sebulan tanpa penggunaan pam elektrik. Hanya menggunakan barangan terbuang. Air hujan dan campuran baja universal dimasukan kedalam bekas air.