Please disable Adblock!

Total Pageviews

Monday 28 October 2013

Program 5s kerajaan hanya membazir.

          5s yang digunakan adalah prinsip kerja dari jepun yang sangat baik jika diwujudkan dan diamalkan. Namun di Malaysia, prinsip ini telah bercampur aduk dgn perkara2 yang remeh temeh dan tidak releven. Jika difahami secara dekat, prinsip ini lebih kepada pengurusan dokumentasi pejabat. Perkara yang paling utama ialah sistem fail. Kebanyakan organisasi hanya mementingkan hiasan dalaman pejabat sahaja. Mereka hanya membazirkan perbelanjaan pejabat utk membeli perabut2 dan barang - barang hiasan utk mengejar markah / prestasi 5s mereka. Mereka juga banyak membazirkan masa untuk 'melayan' 5s.
             Ramai diantara pegawai2 dan kakitangan yang mementingkan/mengutamakan amalan ini lupa akan kerja hakiki dan sasaran kerja mereka. 'Milestone' 5s lebih diutamakan daripada 'milestone' kerja hakiki mereka. Ini adalah antara kesilapan besar dalam realisasikan amalan 5s dalam sesuatu organisasi.